Bengkel rasa berserabut? Penat cari dokumen yang asyik hilang? Tak produktif setiap kali masuk kerja? Ketahui kenapa bengkel kereta anda rasa terlalu serabut & macam mana anda boleh selesaikannya dengan sistem pengurusan bengkel kereta yang lebih efisien. Serabut Sampai Dokumen Asyik Hilang Pengagihan kerja dan pencetakan invois menggunakan kertas merupakan perkara yang penting tetapi boleh menjadi perkara yang menyusahkan dalam jangka masa panjang. Kerana untuk mencari semula kesemua kertas tersebut & menulis turutan kerja, pengesahan maklumat, atau mengemaskini nota memakan banyak masa. Ia boleh membuatkan anda menjadi kusut! Apatah lagi bila anda perlu mencari dan mengumpulkan kembali semua kertas kerja ketika musim pengutipan cukai. Menggelupur! Bengkel Serabut Sampai Terlepas Pandang Dalam kesibukan anda berada di bengkel, mudah untuk terlepas pandang masalah kewangan. Kerana penjanaan laporan kewangan tidak berlaku dalam sekelip mata tetapi boleh makan masa beberapa bulan. Perkara ini boleh mengakibatkan jumlah kerugian yang besar. Semuanya akibat terlepas pandang. Bengkel Serabut Sampai Pekerja Lari Juru-juru teknik serta mekanik-mekanik menganggap suasana kerja adalah faktor terbesar yang membuatkan mereka memilih untuk tetap berkerja atau ‘angkat kaki’. Proses-proses yang menggunakan kertas boleh mendatangkan tekanan dan memperlahankan rentak mereka dari segi menyiapkan tugas. Mekanik sering dibebankan dengan penjadualan, pemeriksaan dan banyak lagi. Proses-proses ini boleh diselesaikan dengan cepat dan mudah jika bukan dengan penggunaan kertas. Bagaimana? Dengan POMEN Smart Workshop-lah! POMEN Smart Workshop Boleh Kemaskan Sistem Bengkel Kereta Anda Cuba bayangkan pengurusan dokumen penting bengkel anda boleh dilakukan dalam ruang selesa pejabat anda. Anda boleh lakukannya secara digital dengan POMEN Smart Workshop. Dengan sistem yang baharu sahaja dilancarkan ini, semua turutan kerja, & invois boleh diakses dari mana-mana sahaja anda berada dan bila-bila sahaja anda memerlukannya. Nak cuba? Kami ada promosi percubaan percuma! Hanya perlu daftar di bawah.
Penat uruskan bengkel kereta sampai tak cukup tangan? Tak penat kalau pakai POMEN Smart Workshop! Tingkatkan produktiviti & uruskan tenaga pekerja dengan lebih cekap apabila anda bertukar kepada sistem POMEN Smart Workshop. Ianya sebuah sistem yang mencakupi pelbagai aspek seperti menguruskan temujanji servis kereta & pemasaran digital. Selain dari itu, POMEN Smart Workshop juga menyediakan segala keperluan pengurusan bengkel dalam satu sistem untuk anda. Apa Itu POMEN Smart Workshop ? Sebuah sistem yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia, POMEN Smart Workshop membantu anda dari segi mengurus & mengawal operasi harian di dalam bengkel kereta anda. Ianya meliputi pelbagai aspek seperti pengagihan tugas, pengurusan masa, & pemantauan prestasi mekanik yang boleh meningkatkan produktiviti. POMEN Smart Workshop juga boleh membantu dalam pengurusan inventori & analisis jualan, sekaligus menjadikan operasi bengkel kereta anda lebih teratur. Kenapa Anda Perlu Gunakan POMEN Smart Workshop? Buku Log Membebankan Ucapkan selamat tinggal kepada buku log yang melecehkan & simpanan rekod yang senang pudar! Dengan menggunakan POMEN Smart Workshop, anda boleh semak segala rekod lampau bengkel anda sepantas kilat. Semak jumlah jualan semasa, produktiviti mekanik, atau maklumat pelanggan dengan mudah tanpa perlu merujuk kertas kerja & buku log lama bila anda pakai POMEN Smart Workshop. Di dalam dunia yang serba pantas, pelanggan anda mahukan kepantasan. Buku log & catitan tangan akan melambatkan gerak kerja anda. Bertukarlah ke POMEN Smart Workshop hari ini untuk elak sebarang kelewatan. Sistem Pemfailan Mengelirukan Anda runsing dengan sistem pemfailan bengkel yang rumit? POMEN Smart Workshop boleh membantu anda dalam pengurusan temujanji & inventori. Anda hanya perlukan laptop atau telefon pintar! Jangan risau, anda tak perlu jadi pakar IT untuk menggunakannya. POMEN Smart Workshop mudah difahami & dikendali oleh sesiapa sahaja kerana ia mempunyai tampilan yang mengikuti langkah-langkah yang logik. Tingkatkan Kepuasan Pelanggan Perkara yang sering bermain dalam minda pemilik bengkel adalah cara untuk menawan hati pelanggan baru & lama. Langkah terbaik adalah dengan berhubung secara langsung dengan mereka melalui SMS & emel promosi. Melalui POMEN Smart Workshop, anda boleh hantar peringatan terus ke pelanggan. Ingatkan pelanggan anda tentang penyelenggaraan kenderaan mereka yang akan datang & juga promosi terkini bengkel anda dengan alat pemasaran yang sudah tersedia ada di dalam POMEN Smart Workshop. Teruja nak guna POMEN Smart Workshop? Sistem ini memiliki semua yang anda perlukan untuk pengurusan aktiviti harian di bengkel kereta anda. Dan POMEN Smart Workshop adalah percuma apabila anda daftar untuk demo percuma sekarang!