POMEN

Perasan tak, stok di bengkel anda selalu habis? Belum sempat order spare part baru, barang dalam inventori semua licin. Memang seronok bila ramai customer datang tapi kalau barang selalu habis, customer pun lari ke bengkel lain.

Jadi kenapa stok selalu habis ya? Bila tengok inventori dalam AutoCount nampak macam masih penuh tapi rupa-rupanya stor dah kosong. Ini antara sebab stok bengkel anda selalu habis tanpa anda sedar;

  1. SKU banyak sangat: Di dalam bengkel kereta anda pasti ada pelbagai jenis barangan yang berbeza untuk memperbaiki kenderaan, dari minyak hitam sampai la wiper & tayar. Memang tak menang tangan bila nak jaga inventori untuk setiap barangan yang berbeza dan nak pastikan spare part sentiasa cukup.
  2. Kadar penggunaan spare part berbeza: Bila banyak sangat SKU nak dijaga, mesti ada spare part yang akan habis lebih cepat sebab anda selalu guna. Senang untuk anda terlepas pandang stok barang yang cepat habis di antara barangan yang selalu ada.
  3. Kebocoran stok: Bengkel kereta anda mungkin mengalami kebocoran stok kerana salah pengiraan dalam pencatatan inventori. Mungkin lupa nak update atau tersalah order barang. Stok bocor ni memang mengganggu kiraan stok sekaligus membuatkan anda rugi bila sering berlaku.
  4. Lambat order barang: Pembelian barangan dan spare part di workshop harus dilakukan dengan awal untuk memastikan proses memperbaiki kenderaan berjalan lancar. Bila terlupa atau terlambat, ini boleh menyebabkan kekurangan stok dan menjejaskan keupayaan bengkel untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.

Sebab tu bengkel kereta anda perlukan sistem pengurusan inventori yang efektif supaya anda sentiasa ada laporan inventori yang terkini. Susah nak cari masa untuk urus stok anda? Ada cara yang mudah untuk pastikan stok anda sentiasa up to date: gunakan sistem pengurusan bengkel!

Apa itu Sistem Pengurusan Bengkel?

Sistem pengurusan bengkel kereta atau Workshop Management System (WMS) seperti POMEN Smart Workshop adalah sejenis perisian yang digunakan untuk menguruskan kegiatan harian sebuah bengkel kereta. Sistem ini menyediakan pelbagai fungsi penting untuk pemilik bengkel kereta seperti anda dalam menjadual & menyimpan work order, mengira rekod kewangan harian serta menyediakan laporan yang tepat mengenai segala kegiatan bengkel. Sistem pengurusan bengkel juga memudahkan urusan harian setiap pemilik bengkel dalam memantau dan menguruskan kegiatan harian.

Jika anda mempunyai masalah dalam menguruskan inventori di bengkel kereta anda, sistem pengurusan bengkel boleh membantu dengan cara berikut:

  • Pemantauan jumlah stok secara langsung: POMEN Smart Workshop akan memantau jumlah stok & barangan di bengkel anda untuk memastikan bilangan spare part sentiasa cukup. Ini memudahkan proses pembelian stok baru dengan lebih tepat.
  • Laporan inventori semasa: Sistem ini juga boleh membuat laporan inventori yang sentiasa dikemaskini untuk memaparkan tahap stok barangan yang masih ada. Laporan yang dijana membantu dalam proses menyemak tahap inventori sedia ada.
  • Proses pembelian yang mudah: Dengan adanya sistem ini, anda boleh mempermudah proses pembelian barangan yang diperlukan. Anda hanya perlu semak stok sedia ada & membuat jangkaan menggunakan laporan inventori untuk membuat keputusan pembelian seterusnya.

Dengan menggunakan sistem pengurusan bengkel seperti POMEN Smart Workshop, bengkel kereta boleh memastikan inventori selalu dalam tahap yang baik dan mempermudahkan proses pembelian stok barangan. Software pengurusan bengkel yang efektif juga boleh membantu dalam mengurangkan kos operasi bengkel.

Cuba POMEN Smart Workshop Secara PERCUMA

Daftar di sini untuk cuba sendiri workshop management system POMEN Smart Workshop!

Selain dari stok & inventori, POMEN Smart Workshop juga mempunyai banyak kelebihan lain untuk pemilik bengkel kereta. Sistem ini menyediakan pelbagai kemudahan untuk membantu urusan harian anda sebagai pemilik bengkel.

Memudahkan penjadualan: POMEN Smart Workshop boleh membantu pemilik bengkel menjadualkan kerja-kerja pembaikan dan servis dengan lebih cekap, mengelakkan sebarang kekeliruan atau kelewatan.

Meningkatkan tahap efisien: Dengan menggunakan sistem pengurusan bengkel kereta POMEN Smart Workshop, proses pembaikan dan servis kereta boleh dilakukan dengan lebih cekap, mengurangkan masa yang diambil untuk menyiapkan setiap kerja.

Mengurangkan kesilapan & kecuaian: POMEN Smart Workshop boleh membantu mengurangkan kemungkinan kesilapan semasa melakukan kerja pembaikan dan servis kereta, yang boleh menyebabkan kekecewaan pelanggan dan kerugian kewangan.

POMEN Smart Workshop menyediakan laporan yang tepat: Sistem pengurusan bengkel kereta kami boleh memberikan laporan yang tepat mengenai keputusan kerja pembaikan dan servis kereta, termasuk kos yang terlibat dan masa yang diambil.

Memudahkan komunikasi: POMEN Smart Workshop boleh memudahkan komunikasi antara pemilik bengkel, staf, dan pelanggan, menyediakan platform yang mudah untuk bertukar maklumat dan mengelakkan sebarang kekeliruan.

Meningkatkan kepuasan pelanggan: Dengan menggunakan sistem pengurusan bengkel kereta POMEN Smart Workshop, pemilik bengkel boleh meningkatkan kepuasan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan tepat pada masanya.

Jangan lepaskan peluang untuk cuba sendiri workshop management system POMEN Smart Workshop!