POMEN

Manage merupakan antara tool yang ada dalam akaun POMEN Smart Workshop anda. Dah daftar akaun percuma POMEN Smart Workshop anda? Kalau belum, daftar di sini & dapatkan 14 hari free trial!

Terdapat 3 komponen di dalam Manage iaitu Booking, Work Order, & Calendar. Apa yang boleh anda lakukan dengan 3 komponen ni? Mari kami tunjukkan! Pertama sekali, anda boleh gunakan Booking untuk segala urusan temujanji pelanggan.

Anda juga boleh gunakan Booking untuk lihat maklumat pelanggan yang sedia ada. Selain dari itu, terdapat fungsi di mana anda boleh merujuk laman Booking untuk ketahui langkah seterusnya yang perlu diambil. Ini memastikan anda tidak tertinggal mana-mana booking baru yang datang dari handphone mahupun walk-in.

Komponen seterusnya adalah Work Order;

Di halaman Work Order, anda boleh pantau kerja yang sedang berlangsung di bengkel anda. Anda juga boleh semak tugasan mekanik di bengkel untuk memastikan penggunaan tenaga kerja yang bersesuaian.

Takde masa nak tengok Booking atau Work Order? Gunakan halaman Calendar untuk lihat semua temujanji & jadual harian di bengkel anda.

Dengan POMEN Smart Workshop, segalanya ada di satu tempat! Anda tak perlu merujuk lejar atau buku resit yang tebal kerana segalanya ada di hujung jari.

Tak sabar nak cuba? Daftar akaun POMEN Smart Workshop secara percuma bila anda klik sini!